Agoda

Agoda Partner Site Verification agoda-partner-site-verification: AgodaPartnerVerification.html

Tuesday 9 June 2015

Sakit Belakang-Bawah Perut-Punggung-Peha-Kaki Semasa Kehamilan

Salam semua..kite berjumpe lg di dalam blog Sharina..hahaha
Lame tak berblog.Asal nak start je, mesti ade keje len kena buat.Last2, lupe+malas nk type cerita di blog...

Ok, ni nk cerita ttg kesakitan yang amat pada minggu ke 24 kehamilan...Actually, sy dh masuk minggu ke-26 kehamilan.tp since minggu ke 24, kekerapan sakit 5 serangkai ni makin teruk. Sakit Belakang-Bawah Perut (ari-ari)-Punggung-Peha-Kaki...Rase nk je suh baby kuar cepat2 dr perut sbb tak tertanggung.

Dulu, masa pregnant Balqis, just sakit belakang je.Masih kuat & boleh tahan lg la..Kali ni, kalau sakit, mmg lima2 sakit dtg sekaligus.kdg2 bile nak berdiri tu, Ya Allah.Mcm nak terjatuh semula or mcm nak terberanak.Takpon, bila nk duduk pon terpaksa tahan sakit...nak menangis rasenye sbb tak tertanggung.paling bisa tu sakit kt bahagian bawah perut (ari-ari) & sakit punggung...takut sgt2 kalau sakit bawah perut tu dtg sbb takut bleeding lg..Fobia tau tak sbb kandungan kali ni mmg rahim tak kuat.Semoga spjg kehamilan yg kedua ni selamat semuanya...

Terdapat 2 jenis sakit belakang ketika hamil:
(copy paste dari blog http://ibuamiruluwais.blogspot.com/)
 
 
 
A : Sakit bawah tulang belakang ('lower back pain')
B : Sakit bahagian belakang pinggul ('posterior pelvic pain') 

Sakit Bawah Tulang Belakang
  • Sakit bahagian belakang pinggang
  • Sama seperti sakit tulang belakang yang dialami oleh org yg tidak hamil
  • Biasanya menjadi lebih teruk dengan postur yang tidak baik
 
Sakit Bahagian Belakang Pinggul
  • 4 kali lebih lazim berbanding sakit bawah tulang belakang semasa kehamilan
  • Sakit di bahagian dalam otot yang dirasai di bawah pinggang sehingga ke punggung
  • Kadang-kala, ia boleh dirasai di bahagian peha dan kawasan ari-ari
  • Ada yang mengalaminya sebelah sahaja, ada yang kedua-dua belah
             (Saya sakit kedua-dua belah - terpaksa tidur mengiring ke kanan, kiri,menelentang)
  • Ia boleh menjadi semakin teruk, apabila:
Cuba mengiring ketika baring
Memanjat tangga
Duduk dan cuba berdiri ketika duduk
Mengangkat barang
Tunduk
Berjalan dan berlari
 
  • Aktiviti yang terdedah kepada postur yg sama dalam tempoh masa yang panjang meningkatkan risiko sakit jenis ini (cth: duduk lama di hadapan computer)
  • Tidak seperti sakit belakang yg lain, seseorang yang aktif dan sihat tidak semestinya dapat elak sakit jenis ini dari berlaku

Apakah Puncanya?
 
1. Pertambahan berat badan
  • Kehamilan menyebabkan berat badan bertambah sehingga 1/4 daripada berat badan asal
  • Ini menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan struktur anggota lain yg menanggung berat (lutut dan kaki)
 
2. Perubahan pusat graviti
  • Berpunca daripada pertambahan berat badan
  • Yang mana berat badan wanita hamil lebih di bahagian hadapan (perut)
  • Ia menyebabkkan regangan (dan tekanan) pada otot
 
3. Perubahan hormon (Estrogen dan Relaksin)
  • Menyebabkan sendi menjadi longgar ('laxity') dan kurang sokongan bahagian sendi
 
Bagaimana Mengatasinya?
 
 
Sasaran:
Mengekalkan fungsi yang optimum sepanjang kehamilan
Mengurangakan ketidakselesaan ke tahap minima
 
 
Caranya:
 
1. Postur yang baik semasa hamil
 

 
 Cara berdiri yang betul
 
Tegakkan kepala - telinga selari dgn bahu
Tegakkan bahu dan 'keluarkan' dada
Luruskan lutut dan regangkan sedikit kaki
'Tarik' perut kedalam dan keatas & jgn gerakkan pinggul


credit to: brochures.mater.org.au 
 Cara duduk yang betul
 
Duduk dgn belakang ditegakkan - pinggul sepatutnya mencecah belakang kerusi
Letakkan sokongan (cth. tuala yg digulung) di belakang anda (bahagian yg membengkok ('lumbar')


 
 Cara tidur yang betul

Posisi tidur yg terbaik adalah mengiring ke kiri (elakkan baring telentang atau meniarap).
Letakkan bantal di bawah kepala (bukannya bahu) dan ketebalannya sekadar paras bahu shj.
Letakkan bantal di antara kaki dan di bawah perut, untuk menambahkan lagi keselesaan.
Jika tilam terlalu lembut, letakkan papan di bawah tilam.
 
Lagi bagus jika anda mempunyai bantal khusus utk wanita mengandung seperti gambar di bawah.
 
 
credit to: www.pregnancypregnant.org 
 
Untuk bangun dari tidur, mengiring ketepi dahulu, lipat lutut dan tolak/tarik badan anda menggunakan tangan. Elakkan daripada membengkokkan pinggang.

Bagaimana jika kesakitan berlanjutan sehingga selepas kelahiran especially sakit belakang & punggung?

Dalam kebanyakan kes, kesakitan tersebut akan berkurangan selepas kelahiran, namun ianya masih boleh berlanjutan dalam sesetengah kes dan hal ini memerlukan rawatan selepas bersalin. Bercakaplah dengan pegawai penjaga materniti (LMC).

*Masa beranakkan Balqis, sakit belakang sy kekal lepas bersalin. Tanya Dr, tp Dr cakap mungkin teknik penyusuan tak betul. Mungkin saya tak duduk betul semasa susukan baby. Tp bila dh betulkan tekniknya, tetap juga sakit belakang. So, tahan jerlah. Bile dh berhenti susukan Balqis,  sakit belakang tu tak jugak hilang. Bila melakukan kerja2 berat @ membongkok, mula la sakit belakang. Memang selalu minta En Suami picit2kan belakang...

Harap2 lepas keluar baby 2nd ni, hilanglah semua sakit2 kt badan ni...tak tertanggung rasenye...