Agoda

Agoda Partner Site Verification agoda-partner-site-verification: AgodaPartnerVerification.html

Sunday 23 April 2017

Luahan Hati Bakal Ibu & Ibu2 Seluruh Dunia

Salam semua.

Just nak sharing ckit ttg luahan hati seorng ibu..tp actually sy copy paste dr FB seseorang..blh tgk nama penulis at the end of this story...

Mostly luahan hati penulis ni mmg sy dh merasa semuanya.mmg sgt2 terseksa dan serik sbnarnya.bayangkan ketiga2 pregnancy sy mmg agak sukar.bersalin ceaser & normal dh pernah.hrp2 yg ketiga ni normal.smpai sy ckp kt suami, ckuplah 3org anak jer.sbb sy fobia mngandung... jom baca luahan hati penulis yg berjaya interpret isi hati sy juga. 

"Morning sickness. Loya. Muntah. So cliché kan kalau tengok kat drama-drama Melayu, asal muntah je mengandung lah tu. Yang lebih teruk jarang orang tunjuk. Perempuan mengandung ni macam-macam, pelik-pelik. Lain orang lain ragamnya. Ada yang selera makan tak ada... Bukan semua ibu mengandung berselera nak makan. Loya-loya tapi nak kena telan macam-macam supplement; folic acid, obimin, fish oil, vitamin c. Hari-hari kena minum susu. Gosok gigi, gusi berdarah. Tak tahan bau pada sesetengah benda. Asyik nak terkencing, keluar masuk tandas. Demam, selsema, batuk-batuk. Ada yang kena admitted Hospital sebab muntah terlampau banyak sampai keluar darah dan dehydrated. Uri dekat bawah, lasak sikit bleeding, jalan sikt bleeding, sampai kena stay dekat Hospital berbulan-bulan. Terpaksa minta cuti dari kerja, dan ada yang sampai kena berhenti kerja.

Heartburn. Sakit pinggang. Kaki cramp. Emosi tak kena tempat, menangis marah tak tentu pasal. Pakai panties pun rasa senak. Nak togel je kalau boleh. Penat yang amat especially during 1st and 3rd trimester. Rasa nak tidooo je, tapi bila penat dah rasa nak tido, tak boleh tido pulak. Macam-macam jenis bantal ada kat katil. Pusing sana pusing sini, last-last tak cukup tido. Tak ada mood langsung nak bersiap ke, nak make up ke, nak jumpa orang lagi la malas! Hidong kembang macam kuih bahulu. Kaki tangan kembang semangkuk, peha melebar. Leher hitam berdaki. Kulit perut dan peha gatal sangat macam berapi. Serba salah nak garu ke tak sebab takut keluar stretch marks. Garu pakai sikat la, garu beralas kain. Sapu bio oil la, cream shea butter la, tetap stretch marks keluar jugak macam kulit buah tembikai! Tetek sakit dan bengkak. Keputihan keluar dengan banyak dan ada yang badan berbau, mulut berbau.

Kalau part bersalin tu lagi lah macam-macam cerita. Yang dah bersalin pulak. If bersalin normal, ada yang sampai bahagian bawah tu terkoyak teruk, berjahit-jahit. Nak duduk sakit, nak kencing nyilu, nak berak lagi la sampai ada yang berminggu tak berak sembelit. Yang caesarean pulak masa dalam pantang tu nak batuk sakit, nak ketawa sakit... Nak dukung anak pun terketar-ketar. Kalau salah makan ada yang sampai bernanah dan luka jahitan tu.

Yang menyusukan anak, low supply lah. Berusaha la bersungguh-sungguh makan itu makan ini nak cari milk booster. Makan pun kena fikir. Sesetengah makanan boleh buat anak cirit, perut anak masuk angin. Yang over supply, tetek bengkak, ada yang sebelah tetek kecik sebelah besar, belum part yang londeh lagi. Then nak kena pump pulak. Yang nak wean off, ada yang sampai demam sebab tetek bengkak, sakit sangat. Kalau anak yang minum susu formula, nak kena cuci botol, nak sterilize botol, nak buat air panas. Malam-malam anak menangis mintak susu, terkebil-kebil la mata, mamai-mamai, terkial-kial nak bancuh susu. Ehhh air terlebih panas pulak. Ehh susu tertumpah pulak. Ehh susu nak habis!

Kalau dulu rambut bukan main ikal mayang, mengerbang ayu, tapi sekarang rambut nipis sangat sampai nak nampak kulit kepala. Rambut gugur teruk, sekali sikat, sekali shampoo je seram betul tengok. Penuh dekat lantai rumah. Hmmm. Hormone memang bercelaru. Kejap period, kejap tak period. Langsung tak period. Period tak berhenti. Kalau datang penyakit pelupa tu memang penat. Ehhh apa aku nak buat tadi? Ehhh mana aku letak benda tu tadi? Haishh. Stretch marks tak hilang, nak kena hadap perut mengelebeh lagi. Nak kena exercise konon berangan nak pergi gym la, diet la, tapi belum tentu dapat kurus sebab kalau breastfeed anak, tahap lapar tu macam harimau kelaparan nak makan orang. Diet kelaut. Ohh belum masuk chapter nak jaga anak pulak. Lagi lah panjaaaaanggggg dannnn complicateedddddd dan tak habis............

Ohhhh wanitaaaa. Walaupun penat, walaupun sakit, tetap tak serik... Inilah pengorbanan seorang wanita. Tak semuanya indah dan tak semuanya gundah. Sebab tu Allah bagi ganjaran pahala yang besar dekat kita. Allah bagi peluang dekat kita dapat mengandung, dapat zuriat. Kebahagiaan. Ini rezeki bahagian kita. Ramai lagi orang lain yang tak dapat peluang macam ni. Bila penat, bila sakit, bila stress... Fikir sejenak, untungnya kita... Orang lain belum tentu lagi.

Untuk para suami, hargailah isteri. Kadang-kadang kita sakit, kita penat, kita tak bagitau. Kita diam. Kalau ada yang tak dapat nak luangkan masa untuk layan, belai, picit kaki isteri, cukuplah dengan JAGA HATI isteri.
Dan si isteri pulak janganlah sampai terlebih mengambil kesempatan di atas kebaikan suami.

Sekian,

Ikhlas dari Intan Nadiah Hamzah;
seorang wanita dan seorang Mak kepada Muhammad Ali & Abu Fattah yang masih lagi terkapai-kapai di dunia ini..."

Sunday 16 April 2017

Penjagaan Gigi Anak-Anak 6 Tahun Ke Bawah

Salam semua.nk bg petua supaya gigi anak2 cantik tersusun dan mengelakkan kerosakkan gigi.sy bukan apa.sejak 2 menjak ni, byk posting & share yg lalu kt wall ttg kerosakan gigi anak2 yg umur 4-6 thn ke bawah. Bkn rosak sedikit tp semua gigi di bahagian depan dan plg teruk kesemuanya sekali rosak. Spatutnya ble anak2 dh start skola rendah, beberapa gigi susu akan trcabut sndiri.ini belum sampai skola rendah, semua gigi anak2 dah rosak.dh kne buat pembedahan buang semua gigi2 tu disebabkan side effect di gusi. Ada beberapa tips yg utk para ibu bapa..

1) Pastikan anak menggosok gigi 3kali sehari. (Pagi, ptg dan sblm tidur.Kdg2 smpt 2x sehari je). Anak sy dh 5 thn dan sy masih gosokkan gigi anak.sbb sy xpercaya klu die gsk sendiri.tak bersih.kdg2 je sy bg die gsk sendiri.anak sy 1y 7m plak sy yg gsk kan.kdg2 pakai jenis yg sarung di jari,kdg2 pakai berus gigi kanak2.guna ubt gigi kodomo lion.abes ditelan buih ubt gigi tu.huhu

2) Jangan bagi anak2 minum susu berperisa (eg vanila, coklat, madu) sblm tidur. Susu yg manis tak elok utk gigi anak2.yerlah, lps minum susu terus tido.Anak2 sy minum susu perisa Asli.sblm tido mesti nak susu.dan sy akan pastikan dan paksa anak2 minum air masak slps tu.biar bersih ckit mulut dan gigi tu.

3) Pastikan anak2 yg minum susu tidak tertidur dengan puting susu masih di mulut anak.jgn biarkan anak2 kemam puting susu tu sambil tidur.sbb kdg2 kita sbg ibu & bapa pon tertidur sekali.habes rosak gigi anak2.sy jenis yg akan pastikan slps anak2 minum susu,sy akan minta anak2 letak botol susu ats meja.sbb sy xnk diorng kemam puting susu yg masih berbaki semasa tidur.bru2 ni ada terbaca article di mana puting susu yg dikemam dan masih berbaki susu (esp susu yg berperisa) blh menghakis gigi anak2.seramnyer...

4) Kerap periksa gigi anak2.sy nkalau xwt ape2, sy suh anak sy (yg 5thn) tunjukkan gigi.sy periksa gigi diorng mana yg kuning2 tu (akibat mknan jenis yg berwarna), sy akan ckp gigi kotor.sy suh anak pergi tgk cermin.pastu sy pesan, mandi nnt gsk gigi bersih2.bila dh gsk gigi, cek sekali lg.bila dh bersih bru blh puji gigi anak dh cantik depan anak.bg anak kecik plak, smpai kena paksa nk periksa gigi die.tp paksa la ngn lembut.huhu

Sy tak melarang anak2 makan benda manis seperti gula2 dan coklat..kt rumah ni ade je coklat kitkat @ milo.cuma hadkan lah.xde la slalu bg.kalau minum air pon sama.sy ajar anak2 minum air masak dan diorng mmg suke minum air masak @ air kosong dr yg berperisa.

Utk pengetahuan semua, kalau sy buat pemeriksaan gigi, mesti Dr-Dr akan trkejut sbb keempat2 gigi taring sy adalah gigi susu.masih blh digunakan dan berkeadaan elok.Dr-Dr slalu tanya sy penjagaan gigi mcm mana esp gigi taring sy yg masih sihat dan kekal elok?sy cuma ckp penjagaan mcm bese cuma masa kecik2, mak sy sgt2 jrg bg sy makan gula2 & benda manis (ni sy yg tnye mak) dan susu segar mesti ada di rumah.utk kalsium lah..huhu..

Kla, tu aje yg nak di sharing pd semua parent yg ada anak2.diharap blh memberi manfaat kpd semua...

Bye...

Sunday 9 April 2017

Anak Kecil Dan Chicken Pox

Salam semua.lame tak update blog.bz keje, anak2, kluarga dan diri sndiri (rehat dan tido lah)..

Rini nk citer ckit pasal chicken pox.khamis lps (6/4/17) bwk Ziyad g checkup.otw blk nk amik ziyad tu dlm 3ptg, call pengasuh...then pengasuh tnya, badan ziyad mmg merah2 ke?sy ckp xprasan plak.rse mcm xde...

So, lps amik ziyad & suami, we all g klinik kesihatan ayer keroh.checkup ziyad dlu utk 1y 6m..mse checkup, ckp la kt nurse.bdn anak merah2.bintik2 berair.then nurse suh jmpe Dr...

Mse jmpe Dr tu, siap Dr tu pnggil Dr yg lain utk confirmkan chicken pox.huhu.so,lps dh confirm Ziyad kne chicken pox, trus mntk Dr cuti kuarantin.dpt ubt sapu (calamine) dan paracetamol utk demam.Alahmdulillah, Ziyad xdemam spjg kne chicken pox..

FYI, Cuti kuarantin ni brkuatkuasa awl thn 2017 mse pmbentangan bajet thn lps.diberikan pd ibu bapa utk menjaga anak2 yg sakit seperti chicken pox dll.tp cuti ni diberikan hanya 5hari je (waktu bekerja)..sy amik dlu.sy xbg suami amik sbb tkut melarat lbh dr seminggu.atau tkut brjangkit ngn Balqis.time tu bru suami plak amik cuti kuarantin..

So,blk je dr checkup, terus ajak suami cari air kelapa.biar semua chicken pox tu kuar.keesokannya,abes semua kuar.kt muka, badan & kepala dh penuh...adoi,kesian plak.kena psg aircond je sbb klu xpsg, abes trgaru2 dan merengek..

Ujung mnggu plak nk cari daun semambu.utk rebus dan mandi.tp tak jumpa.last2 google, jmpe sabun daun semambu.jenama Himalaya.so, terus brgegas ke Aeon Bandaraya lps breakfast sbb tau ade kedai Himalaya.ziyad dgn xmandi pon bwk tp tnggu dlm kete ngn suami.sampai kedai,terus g kedai Himalaya dan tnye salesgirl sabun daun semambu (Neem)..ada 2jenis.satu sabun buku, satu yg liquid.syampoo Neem xde.syampoo dr bahan2 lain ade la.so, sy beli sabun buku & yg liquid.xmahal pon dlm RM20++...

Lps tu, g umh Makcik Normah.mntak air tangkal ckit utk minum.blk rumah,mntk suami mandikan anak.yg sabun buku utk bdn, yg liquid (utk bdn gk) sy suh pakai kt kepala.sbb kt kulit kepala pon byk chicken poxnye..lantak la labu.janji kena sabun tu kt seluruh bdn Ziyad.lps mandi tu bru ok ckit.dh xmerengek2 sgt.

Dua hari lps pakai prasan jgk gelembung2 air tu dah kering..die pon dh xmerengek2 & tergaru2.bagus betul penangan sabun ni..so,ni alternatif lain utk penyakit chicken pox.xyah laki aku nk panjat pokok amik daun semambu.hahahaha.

So, lps dh kering dan ade yg dh tercabut bekas2 chicken pox tu, sy sapukan lotion Derma Health's Skinlabs (Vitamin E)..lotion ni mmg bagus utk hilangkan parut.cepat kesannye dr Bio Oil.mse sy pregnant Balqis kne chicken pox, Dr yg suggest pakai lotion ni.lps beranakkan balqis, byk stretchmark.pakai bio oil xilang..ambil masa 1bln lbh jgk tu.dah la melekit je.so,sy tkr pd Lotion Derma Healths.mmg cpt kesan stretchmark hilang..

Skrng sy mmg simpan lotion tu kt rumah.in case muke tibe2 naik jerawat smpai tnggalkan kesan, mmg sy pakai lotion ni.kalau kulit kering di sekitar mulut pon sy pakai.mmg sehari dua je dh ok.bau pon menyenangkan.tak terlalu wangi..

So, ni je nk citer ttg Chicken Pox.jom layankan gambr...