Agoda

Agoda Partner Site Verification agoda-partner-site-verification: AgodaPartnerVerification.html

Wednesday 5 June 2013

Trip to Guilin,China 20-24 Disember 2012

Wah...mcm best je kan gi China. Trip ni seramai 20++ rombongan ke Guilin,China. Guilin ni bukan tempat shopping tp tmpat tumpuan pelancong. Masa kitorang pegi ni musim sejuk. Suhu dlm 13 darjah celsius plg tinggi. Plg rendah 8 darjah celsius. Mmg merasa kedua-dua suhu ni.

Semua kaum keluarga yg join trip ni. Ade jgk yg tak dpt join sbb terikat dengan benda lain.Ni 2nd time sy naik flight..huhu. Mase 1st time pergi ke Sabah 2 tahun lps. Masa Balqis dlm perut 8 bulan.(Ade cerita yang menarik.Nanti sy kongsikan). Skrng citer psl trip ke Guilin China. Trip ni Kak Long yang arrange kan. (Kak Long ni merupakan biras saya punye kakak). Mase gi Sabah pon Kak Long yg arrange. Mmg Terbaiklah!! Dengar2 Kak Long nak buat trip ke Europe lps ni..Nak join!!.huhu

Jom layankan gambar2 kami di China. Nama tempat2 yang kami lawati, saya dh lupe..Cantik sgt sampai terlupa semua nama tempat2..huhu. Balqis langsung tak meragam. Mmg anak yg baik sebab kebanyakan masanya, Balqis tido jer..dah sejuk,sedaplah tido..


 Sampai di airport Guilin. Balqis slumber tak pakai sweater. Die just pakai long john & baju lengan pjg. (Balqis mmg suke sejuk. Die xleh tempat panas. Mmg cepat jer peluh)


 Singgah di masjid untuk solat.



 Bersama tourist guide kitorang. Tp dh lupe namanye..BEST!!









Naik keretapi pendek. Manual ok. Kene tekan pedal utk bergerak. Xder tali pinggang bagai. No safety at all. Berbeza ngn Malaysia. Safety First.

Ni la die Seven Star Cave. Gua batu kapur die bese jer. Tp yg membezakannya dgn gua2 lain adalah permainan cahaya nyer. Cahaya lampu yang berwarna warni ditembak pada batu stalagmit & stalagtit (betul ke aku eja). Cantik sgt. jauh jugak perjalanan. Tp nasib baik dalam gua ni ade sungai. We all naik sampan menyusuri gua. Then ade tren jugak. Dan ade lif hokey!! Nak keluar dr gua kene naik lif. Kalau tak silap, China merupakan satu2nya negara yg mempunyai lif dlm gua..




Sy ngn hubby je naik ni. Balqis xnaik sbb no safety at all..huhu


Ha,gambar dr belakang je ade..huhu..Ain yg tlg amikkan..

Kilang bulu "bamboo". Mmg best,sume brg dari buluh..

Sempat g tempat massage. Org cina yg bg briefing tu tau cakap Melayu Indonesia..ahha

 Pekan Guilin. Lengang jer waktu tengahari. Tp waktu pagi & petang baru ade kereta..

 Org cina pagi2 dah menari kat taman. Ni diorang pactice untuk ape tak tau plak.

 Ni masih di taman. Ade cerita di sini. Masa we all jln2, tibe2 ternampak ade sorang laki tido di rumput. Then, dtg sorang polis. Tourist guide tu ckp, laki cina tu mati, bkn tido. Adalah menjadi kebiasaan org akan mati di jalanan pd musim sejuk. Ini disebabkan disebabkan diorang xder rumah. Rumah di China sgt2 mahal..2nd time jumpe org mati berdekatan dgn hotel. Bayangkan tgh tunggu hubby kt luar hotel (Hubby gi amik duit dlm blk hotel utk shopping), tibe ade sorang laki ni jalan & terus jatuh depan sy & Balqis. Terkejut gk. Nasib baik ade 2 org polis kt situ. So, polis lah yg settlekan mayat tu..



 This is Li River. Mmg best sbb di sepanjang sungai, ade beberapa rumah yg ade pentas. So, setiap kali we all bypass rumah tu, diorang akan menari..





 Ni Li River jugak. Malam minggu mmg ade persembahan dengan menggunakan pengcahayaan. Persembahan atas air kot..MMG TERBAIK!!


Ni lah Kak Long yg arrangekan trip ke Guilin. Yang pegang kayu tu.

 Ade satu hari tu, kami berpiknik di tepi sungai. Disebabkan kos makan di Guilin sgt mahal,ni salah satu aktiviti yg kami buat. Masak nasi lemak di hotel & bawa ke tepi sungai utk bepiknik. Air sungai tu sgt2 sejuk masa nk amik air sembahyang..Tuhan je yg tau..



Ni lah restoran muslim yg kami selalu makan utk tengahari @ malam..Agak susah juga utk mencari restoran muslim. Di pekan Guilin, ni je yg ada.huhu..

Kalau ade rezki lg,mmg saya nk ke China lagi. Tp tak nk pergi musim sejuk. Tak tahan suhu yg terlampau sejuk..huhu

No comments:

Post a Comment