Agoda

Agoda Partner Site Verification agoda-partner-site-verification: AgodaPartnerVerification.html

Wednesday 14 November 2018

Hari Keluarga LPM 2018 - Penang

Salam semua. ni nak cerita ckit pasal Hari Family Lembaga Perumahan Melaka 2018. actually dah lama plan nk buat Hari Keluarga Jabatan tap kekangan masa.mana taknya, sy yang handle semua, cari hotel, uruskan lawatan kerja. uruskan lawatan2 ke tempat lain, jamuan dinner dll...dalam masa sebulan preparaion, akhirnya dapat juga buat Hari Keluarga LPM pada 2-4 November 2018.

Sy tempah 3 buah bas utk membawa seramai 105 orang staf & ahli keluarga.kami bertolak pada 2/11/18 pada jam 12.00 pagi.so, dalam perjalanan tu mmg tido jerlah..sampai di RnR arah utara, tak ingt mana tp besar RnR tu, kami mandi, solat & breakfast sblm masuk Penang.

Sampai di saje Penang, kami terus ke Bukit Bendera. kami sampai dalam jam 9.30pg.disebabkan ramai orang juga tp tak crowded, kami beli tiket on the spot.tapi yang susahnya sbb perlukan IC untuk pengeluaran tiket. dah tak memasal kena collect IC & MyKid ahli keluarga semua.susah sistem mcm ni..Kami beratur panjang sbb ramai orang.nasib baik keretapi cepat sampai every 15 minutes. Sampai kat atas tu dah jam 11.30 pagi kami cepat2 cari kedai makan.sbb kami anak beranak tak sempat breakfast.saya laki bini uruskan 3org anak subuh tu.mandi kan diorng sume & kami mandi jgk.last2 tak breakfast sbb bas nak jalan.dah sampai Bukit Bendera, dh naik atas tu, kami cepat2 cari kedai makan.jgn risau.byk medan selera kt atas tu.lps dah makan & kenyang,baru boleh jalan2 Bukit Bendera.best je sebab berangin.










Lepas selesai ke Bukit Bendera, kami staf LPM pergi lawatan ke Bahagian Perumahan SUK Pulau Pinang. mcm biasa bertukar-tukar pandangan dan cara kerja.Lawatan Kerja ni dibuat di Bangunan Komtar di Tingkat 52.tinggi nye, serun...Bagi ahli keluarga, mereka terus ke Hotel Flamingo by the Beach di Tanjung Bungah untuk Check In.













Malam pertama di Penang tu, kami dinner di Lan's Corner Ikan Bakar..Makanan malam tu seafood.mmg terbaik, sedap dan lagi paling bagus sebab disponsor oleh LPM. Yang tak bestnye, semua ambil banyak2 lauk sampai org kemudian, tak dapat makan sbb lauk dah habis.Nasib baik owner kedai buat lauk tambahan utk beberapa org yg tak dapat makan tu..Terima kasih En Lan..



Keesokan harinya, Sabtu 3/11/18, selepas breakfast di hotel (semua ditanggung oleh LPM & Kelab Sukan LPM), kami melawat Entopia (Taman Rama-Rama) di Batu Feringghi. Tempat yang sangat cantik.patut lah org cakap taman rama-rama paling cantik di Penang.sesiapa yang pergi ke Penang wajib singgah sini kalau bawak anak-anak.












Selepas Entopia, kami cari makan tengahari di Esplanade.tp punyalah ramai orang beratur nak makan mee sotong.kami laki bini yang ada 3 org anak ni mana boleh pergi makan kt tempat2 camtu.nak kena beratur. tempat duduk tak ckup.last2 kami ikut abg hasan g makan kt tempat lain.berjalan kaki juga ke Padang Kota Lama. Alhamdulillah, mcm2 ada.Pasemboq, goreng2, mee udang.lega ckit sebab lengang jer..





Dah kenyang tu, kami berjalan kaki ke Esplanade semula.OTW jalan di tepi pantai tu, kami nampak Cruise berhenti di area situ.cakap ngan En Suami, nanti anak2 dah besar kita berdua naik Cruise la plak..huhu



Lepas dah kenyang tu, kami berangkat ke Wonderfood Museum di Penang. Saya ni bukan penggemar masuk ke muzium.tp Museum ni lain dari yang lain. So, mmg nak la masuk.Replika makanan nampak real dalam bentuk gergasi.masuk dalam ni macam rasa lapar balik..huhu

















Habis melawat Wonderfood Museum, kami terus balik ke hotel.sbb dah penat sangat.patutnya lps tu, we all jalan2 di Penang Street Art.dekat area situ je tp masing2 dah penat.yang ade anak kecik dah merengek2.lgpon hujan gerimis la plak.so, blk bilik hotel & tido jerlah..

Malam tu, kami ade dinner sempena Hari Keluarga LPM 2018. Makanan mmg sangat2 super best. Menu BBQ tu.malam tu saya dapt cabutan bertuah berupa Seterika.ok la tu dari xdpt langsung.huhu



Keesokan harinya, 4/11/2018 merupakan hari terakhir di Penang. Pagi tu selepas breakfast di hotel, kami checkout awal pada jam 10pagi sbb nak sampai Melaka awal. Slps checkout, kami singgah Sungai Dua untuk makan Mee Udang. Kami singgah di Mee Udang Pak Long Sungai Dua..




Dah selesai makan, kami singgah Jeruk Pak Ali untuk buah tangan family  jiran.Kla, tu sahaja coretan saya.penat menaip nih...Bye..




No comments:

Post a Comment