Agoda

Agoda Partner Site Verification agoda-partner-site-verification: AgodaPartnerVerification.html

Monday 18 March 2019

Bercuti Ke Farm In The City & Seri Kembangan 22-24 Disember 2018

Salam semua. lama tak bercerita kat blog ni. bersawang dah.huhu. Actually, citer ni saya copy dari Facebook je.tp edit ckit2. boleh la kan dari takde langsung. plan bercuti je tibe2 jer.bos lulus cuti, keje2 pon selesai, terus ajak En Somi jalan. die dah tentulah cuti sbb cuti sekolah. tp kami bawak anak2 jalan dekat2 jer. disebabkan last minute, byk hotel yg full. so, kami book hotel kt Cyberjaya. sebelah Putrajaya.

22/12/18 : Kami bertolak dari melaka jam 11.30 pagi. terus ke IOI Putrajaya.mmg plan nk lunch kt ctu.sampai dah jam 1.00tghari. crowded nya manusia. tempat makan, cafe2 semuanya full. stress betul.anak2 dah lapar.tantrum je memanjang. sy singgah Family Mart beli aiskrim green tea & coffee, kek & coklat utk alas perut. then husband suh tapau jer.kami belilah makanan bungkus je dlm tu. bawak blk ke hotel, check in sume, makan dan rehat. kami stay di Tanýaa Hotel Cyberjaya. yang bestnye, ruang antara bilik tidur dan dining room ni terpisah. ade sliding door.so, mmg besarlah biliknye tu.sampai anak2 boleh berlari dlm bilik hotel tu.harga semalaman mmg mampu milik..malam plak kami cari2 makan di Cyberjaya. bila ada anak2 kecik yang terlampau aktif, tempat kami beli makan plak ade kolam ikan.seram betul die boleh lari2 kt kolam, kt jambatan kolam tu.. so, mmg tapau jerlah makanan.yang bestnye, kt Cyberjaya ni banyak betul tmpat makanan, food court, drive thru, western, asian, arab sume lah ade. mmg syurga makanan. tempat student2 MMU dan kolej2 lain.





23/12/18. Pagi ni kami ke Farm In the City. lepas breakfat kt hotel, 9.30pg kami terus gerak ke sana. bila ada anak2 kecik ni, kita kena jadi perancang yang terbaik dari segi masa sebab anak2 saya biasanya bangun seawal 7.30pg. then tengahari & ptg akan tido. kalau taknak tido, mmg kena paksa tidur gak. sbb klu tak ckup tido, anak2 akan tantrum especially Ziyad. kami sampai2 je kt Farm in the City, dah banyak kereta.tp still dapat parking di tempat/kawasan parking yang disediakan di dalam kawasan tersebut. kat sini, u all akan rasa macam masuk safari. cuma, binatang2 nya jenis jinak la.yang bagus dtg awal pagi, haiwan2 ni blom makan lg, semua tgh aktif dan akan kejar korang sbb nak makan. so, belilah pack makanan yg dijual dan blh feeding the animals.tp klu u all dtg tghari, semua haiwan2 ni dh kenyang. semua dh nak rehat esp burung2 dh naik ats pokok.ada pelbagai binatang seperti burung, ayam, Ilama, alpaca, rusa, kambing biri2, ikan, kura2 gergasi, arnah, iguana dll. jangan ingat haiwan2 dari species kt Malaysia je. banyak jugak yg datang dr Eropah & Amerika. semua boleh pegang.

Ade satu masa tu, Balqis & Ziyad join aktiviti yang disediakan oleh staf2 dlm ni..yg ni amik masa ckit la.time ni Zayne dh boring menunggu.die nak jalan2 sendiri.berani sangat, kambing biri2 duk langgar Zayne ckit. terus die terjelepuk jatuh.abes sluar kotor..kambing biri2 tu besar kot..hahaha

We all keluar dari Farm in the City dah nak dekat tengahari.sbb masa tu dh ramai sangat plak masuk.nasib baik parking dekat.kesian tgk yang nak masuk tengahari tu, terpaksa parking jauh di luar kawasan Farm in the City.kt tepi2 jalan, kt kawasan rumah kedai.mmg kena menapak di tengahari yg panas.huhu..anak2 dah penat, dlm kete diorng dh tidur.mcm bese, kami drive thru Burger King (utk laki bini) dan McD utk anak2 (sbb ade bubur). makan pon kt hotel.







Petang tu, lps anak2 berehat, kami ke The Mines Resort Mall. kami sampai dah hujan lebat ckit. then terus cari kaunter cruise, naik kapal utk keliling tasik The Mines tu.tp sampai je, pihak kaunter maklumkan terpaksa tutup sbb kt luar hujan lebat.anak2 dah bising sbb nak naik jugak kapal tu.so, kami bawaklah anak2 jalan2 dlu. naik keretapi dan beli barang ckit.masa we all jalan2 tu, kami tgk ade satu cruise dh gerak.ni mesti kt luar dh berenti hujan.then cepat2 kami ke kaunter cruise semula.tp diminta utk tunggu 20 minit.ok la tu.lepak2 kt cafe berdekatan.sy sempat beli oden kt Family Mart.merasa lah jugak.huhu.bila org kaunter tu panggil kami, wah makin seronok la anak2 dpt naik cruise.pusing keliling tasik.dpt tgk rumah owner The Mines yg batak ar besar.siap depan rumah owner (di bahasian tasik) ada itik @ angsa yg dipelihara.boleh jalan2 naik cruise dan tgk swan tu..dah selesai naik cruise, sy ajak suami makan terus kt The Chicken Rice Shop dlm mall tu. tupon sbb tgk anak2 behave ckit.klu tak, mmg tapau jugak la..huhu




24/12/18. Lepas breakfast, kami rehat2 jap. kami kemas barang dan checkout awal jam 11.00 pagi. En Suami tanye nak singgak Nilai 3 tak?aik, lain macham soklan die..hahaha.org dah pelawa, mmg nak la.dptlah jugak rempat 2 psg kain ela utk raya.ade sepasang tu mmg sedondon beli ngn Balqis. dah settle tu, kami balik ke Melaka. Kami masuk Tol Alor Gajah sbb nk singgah MPO utk lunch. En Suami plak nak beli kasut. tp ramainye umat manusia.parking penuh tp nasib baik kami dpt parking depan2 pintu masuk.nak carik cafe & food court mmg fullhouse. so, belikan anak2 air dan chips je dlu.lps dpt kasut En Suami, terus kluar dr MPO. tak jadik makan kt MPO, balik kami singgah di Tesco Cheng.tapau la jugak sbb dh tak larat.nak cepat2 sampai rumah..dh sampai rumah tu, bg anak2 makan & kita pon makan, pastu terus terlelap semua.huhu..



Kla. Tu je yang dapat di share bersama dalam blog ni. K, Bye.

No comments:

Post a Comment